Buku Pertama tahun 2019
Yasunari Kawabata Ibu Kota Lama - Buku pertama yang dihabiskan untuk tahun 2019. Lambatnya baca buku kali ni. Reading slump lama sangat ni. Sebenarnya buku ni dah mula dibaca pada bulan 12. Tapi tulah, asyik baca 2-3 muka surat letak 2-3 muka surat letak. Tahu-tahu je dah nak habis bulan 2. Haihhh 😪😪 Buku Ibu Kota Lama merupakan salah satu buku karya Yasunari Kawabata yang dinilai sewaktu Yasunari Kawabata ni dapat Hadiah Nobel Sastera tahun 1968. Berbalik pada buku Ibu Kota Lama ni, buku ini menceritakan tentang Chieko yang dapat tahu dia sebenarnya anak angkat sahaja. Dari sini dia bergelut dengan perasaan untuk mencari keluarga asal dia ke tidak. Buku ni sebenarnya boleh tahan juga. Sebab Yasunari Kawabata dalam Ibu Kota Lama ni sangat detail dalam menceritakan latar Jepun pada tahun peralihan kuasa Maharaja Meji ni. Sedikit sebanyak boleh dapat bayangkan tempat tersebut. Tapi sebab buku ini telah diterjermah dari bahasa Jepun ke bahasa Indonesia (tak ju