Buku Pertama tahun 2019
Yasunari Kawabata |
Sebenarnya buku ni dah mula dibaca pada bulan 12. Tapi tulah, asyik baca 2-3 muka surat letak 2-3 muka surat letak. Tahu-tahu je dah nak habis bulan 2. Haihhh πͺπͺ
Buku Ibu Kota Lama merupakan salah satu buku karya Yasunari Kawabata yang dinilai sewaktu Yasunari Kawabata ni dapat Hadiah Nobel Sastera tahun 1968.
Berbalik pada buku Ibu Kota Lama ni, buku ini menceritakan tentang Chieko yang dapat tahu dia sebenarnya anak angkat sahaja. Dari sini dia bergelut dengan perasaan untuk mencari keluarga asal dia ke tidak.
Buku ni sebenarnya boleh tahan juga. Sebab Yasunari Kawabata dalam Ibu Kota Lama ni sangat detail dalam menceritakan latar Jepun pada tahun peralihan kuasa Maharaja Meji ni. Sedikit sebanyak boleh dapat bayangkan tempat tersebut. Tapi sebab buku ini telah diterjermah dari bahasa Jepun ke bahasa Indonesia (tak jumpa lagi translation bahasa Melayu) jadi bahasa yang digunakan dalam buku ni mungkin memeningkan kepala sikit.
Bukan tak selalu baca karya Indonesia, pernah sahaja baca karya Andrea Hinata, Tere Liye, Chairil Anwar, Pak Joko dan lain-lain tapi mungkin sebab cara penulisan Yasunari Kawabata itu sendiri yang buat saya keliru dan kurang memahami apa yang cuba disampaikan. ππ
Keseluruhan cerita ini, sebenarnya mudah sahaja. Jika korang pernah baca karya Yasunari Kawabata yang lain, katanya beliau ini selalu tulis ending yang tergantung. Part ini tak boleh komen banyak sebab saya sendiri pun hanya baca 2 sahaja karya beliau iaitu Ibu Kota Lama dan Rumah Perawan. Untuk itu, saya hanya mampu bagi 3.4 bintang sahaja sebab, terjemahannya agak sukar difahami buat saya dan endingnya yang tergantung. Kecewa sedikit π
Cover Depan Untuk Terjemahan Indonesia |
Cover Depan untuk Terjemahan Inggeris |
Comments
Post a Comment