Skincare Review: Wash flakes - Pencuci muka ke mana sahaja
Hai, kali ni gatal nak buat skincare review pulak. Hehehe. Skincare nak review ni ialah pencuci muka dengan packaging comel iaitu, Washflakes. Sebenarnya, tahu pasal pencuci muka ni pun dari dekat twitter. Lepas tengok review dan tengok packaging pencuci muka ni terus fall in love. So pergi la IG Washflakes ni. Tanya dia pasal pencuci muka ni. Memandangkan awal bulan 4 nak pergi Padang, Indonesia. Jadi rasa macam why not cuba kan? So, saya pun order la dua pack. Dan nak cakap pasal packaging dia. OMG! Sumpah comel sebab packaging dia macam gula2 dalam tin lama. Alaaa yang bulat2 tu. Tu yang fall in love teruksss 😍😍😍😍tu. Hehehehe Best tau pakai washflakes ni, muka saya lepas pakai tu lembut je rasa. Even muka ada pakai sikit makeup, bila cuci tu, dia cuci bersih tau, tak tinggal residue pun. Unless kalau korang pakai maskara n eyeline. Itu susah sikit nak tanggal. Memandangkan, pencuci muka ni datang dalam bekas tin comel ni, senang je nak bawa ke man...