Skincare Review: Wash flakes - Pencuci muka ke mana sahaja

Hai, kali ni gatal nak buat skincare review pulak. Hehehe. Skincare nak review ni ialah pencuci muka dengan packaging comel iaitu,  Washflakes. Sebenarnya, tahu pasal pencuci muka ni pun dari  dekat twitter. Lepas tengok review dan tengok packaging pencuci muka ni terus fall in love. So pergi la IG Washflakes ni. Tanya dia pasal pencuci muka ni. Memandangkan awal bulan 4 nak pergi Padang, Indonesia. Jadi rasa macam why not cuba kan?



So, saya pun order la dua pack. Dan nak cakap pasal packaging dia. OMG! Sumpah comel sebab packaging dia macam gula2 dalam tin lama. Alaaa yang bulat2 tu. Tu yang fall in love teruksss 😍😍😍😍tu. Hehehehe



Best tau pakai washflakes ni, muka saya lepas pakai tu lembut je rasa. Even muka ada pakai sikit makeup, bila cuci tu, dia cuci bersih tau, tak tinggal residue pun.  Unless kalau korang pakai maskara n eyeline. Itu susah sikit nak tanggal. Memandangkan, pencuci muka ni datang dalam bekas tin comel ni, senang je nak bawa ke mana sahaja. Bila nak solat pun, saya guna ni je untuk basuh muka, tak perlu pakai wet tissue dan pencuci muka bagai bila nak basuh muka dari makeup. 

Pasal washflakes ni, masa saya beli, dia jual 1 tin RM 15 dan dalam dia ada 30 helai. Jadi boleh pakai dalam tempoh 15 hari atau sebulan kalau tak selalu guna. Dan terbaru ni, dia jual RM 25 untuk 50 helai rasanya.


Bahan Utama: Royal Bee Jelly, Citric, Arnica, Witch Hazel dan Aloe Vera 


Ingredients



Sebelum beli tu, dia akan maklumkan terlebih dahulu senarai bahan dalam Washflakes sebab takut kulit muka ada alahan dekat bahan2 ni kan. Macam saya,  tea tree and green tea is a big no sebab kulit muka saya sensitif nanti muka jadi merah dan breakout. Jadi, sila ambil tahu, apa bahan yang kulit korang alah. 


Caution
Disarankan juga  korang  cuba terlebih dahulu dibahagian kecil muka anda sebelum terus guna Wash Flakes bagi mengelakkan sebarang keradangan pada kulit.


Cara guna:  
Langkah 1 


Langkah 2


Langkah 3




Kalau korang nak beli, boleh buka IG Washflakes ni atau beli sahaja dekat Lazada, sebab boleh kumpul point dan  Cashback. Hehehe  

Overall: ⭐️⭐️⭐️⭐️


Comments

Popular posts from this blog

Menonton Main Puteri di Galeri Petronas