Selamat tinggal 2018


Tahun 2018 dimulakan dengan aku dapat kerja baru dekat Roman Buku. Kira azam aku untuk 2017 tercapailah sebab nak ada kerja sebelum 2017 berakhir. dan-dan tu juga hujung bulan 12 dapat kerja. Alhamdulillah, lega. Mungkin berkat doa mak aku kot? 😌 

Jeng jeng, azam nak dapat kulit bersih lepas muka breakout tahun 2017 pun tercapai juga. Hahahaha 😝 Penat ye nak jadikan kulit ni bersih balik. Berapa banyak duit berhabis πŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’Έ Hurm. 

Okaylah, tahun 2018 ni banyak perkara yang dah berlaku. Sertai PBAKL 2018, jumpa penulis-penulis, gosip sastera dan macam-macam lagi. Hah, tahun ini juga dapat title mama seha sebab kawan baik dah bersalin. Ramai ye orang terdekat yang mengandung dan bersalin tahun ini. Sis is insecure!!


Btw, jodoh dengan Roman Buku tak panjang, hanya 9 bulan sahaja bekerja sebagai pegawai pemasaran. (ps: buku Roman Buku ini sumpah best! belilah) Tapi, tidak mengapa, kita jadikan itu sebagai pengalaman manis. Dan syukur juga, sebab sis hanya tanam anggur dalam 2-3 bulan sahaja. Alhamdulillah, rezeki. Dan sekarang sudah bekerja sebagai marketing executive di syarikat online ticketing untuk local attraction. so kalau nak beli tiket Aquaria, Tambun dan macam-macam lagi. Contact me okay? πŸ˜€ 

Penghujung 2018 ni, sis dapat kerja dan oh ya, muka sis breakout balik dalam penghujung bulan 9. Jadi kita mereput kembali untuk cantikkan kulit.  

Selamat tinggal 2018, terima kasih untuk suka duka, pahit manis, meraung, tersungkur, gembira, semualah. Semua itu akan disimpan menjadi peringatan dan bekalan pada masa akan datang.  

Next entry pula akan cerita journey sis untuk pulihkan breakout kali pertama tu.  


Danke, 

Best Regards, 

Sayha 😼





Comments

Popular posts from this blog

Menonton Main Puteri di Galeri Petronas