Menonton Main Puteri di Galeri Petronas


Hai,

Jadi hari Sabtu lepas, saya pun pergi melawat Galeri Petronas untuk melihat Main Puteri. Persembahan Main Puteri ini merupakan salah satu bengkel yang dianjurkan oleh Galeri Petronas bersempena dengan "Aura - Refleksi Koleksi Seni" Exhibition.

Sebenarnya, saya pun tak tahu apa benda Main Puteri tu, kawan yang ajak, jadi alang-alang hari Sabtu tu tak ada hal, jadi saya pun pergilah. Lagipun, saya memang minat pergi Galeri Petronas ni, sebab nak tengok lukisan dan sertai bengkel-bengkel yang ditawarkan setiap minggu.



MAIN PUTERI 

Nak cerita serba sedikit pasal Main Puteri pun susah sikit la, sebab saya pun pertama kali dengar dan tahu pasal kewujudan Main Puteri. Tapi lepas google dan dengar penerangan sewaktu di Galeri Petronas pada Sabtu tersebut. Faham sikitlah.

Okay. Ini apa yang saya jumpa berkenaan dengan Main Teri ini.

"Main teri adalah salah satu cara perubatan tradisional yang masih lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu khususnya di Kelantan sejak zaman dahulu sehingga kini. Ia berfungsi sebagai ikhtiar rawatan terhadap penyakit jasmani dan juga rohani yang dihidapi oleh tubuh badan manusia. Umumnya cara perubatan main teri dilakukan di ruang yang terbuka dan dipersembahkan di hadapan khalayak ramai.

Jika diperhatikan, persembahan main teri melibatkan penggunaan alat-alat muzik tradisional. Cara perubatan main teri pula melibatkan hubungan komunikasi dua hala antara alam nyata (tok teri, tok minduk dan pesakit) dan alam ghaib (jin, roh-roh, malaikat, iblis, syaitan). Sehubungan itu, untuk mengetahui punca-punca penyakit yang dihidapi oleh pesakit, pelbagai cara digunakan oleh tok teri untuk melihat simptom penyakit seperti melalui mantera memujuk kuasa spiritual (jin, syaitan dan iblis) yang dikatakan menjadi punca seseorang itu jatuh sakit."

Sumber: Simptom-simptom penyakit dalam Main Teri: Satu Kajian Kes di Kampung Pasir Mas, Kelantan oleh Azlina Musa, Yusmilayati Yunos. 

Baca lain : https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2018/01/381183/main-teri-bukan-main-puteri


Persembahan Main Puteri 

Persembahan dimulakan dengan alunan muzik tradisional, lepas itu Tok Teri akan masuk kemudian berbual dengan Tok Minduk. Tapi bila waktu ini je saya dah berkerut sebab tak faham sepatah haram pun apa yang dibualkan, almaklumlah saya duduk KL, dialek-dialek ini memang out. Give up lah juga nak fahamkan. Even kawan saya yang berasal dari Kelantan pun tak faham apa yang dibualkan. hehehe

Lepas berbual-bual tu, pesakit pun akan masuk dan Tok Teri pun mulalah ubatkan pesakit. adalah cara-cara yang digunakan Tok Teri ini untuk ubatkan pesakit tersebut. Masa awal-awal tu takut juga, sebab ingat macam upacara apa ntah, tapi lepas tengok tu, tak seperti yang ada dalam fikiran. 

Habis je ubat pesakit, ada macam tarian beramai-ramai dengan penonton yang ada. Saya pun terjebak sekali menari dekat depan tu. 








Seronok juga menari beramai-ramai tu walaupun kena tarik. Saya dah la badan keras, kaku memang kena tegurlah dengan kawan sebab keras sangat. 😂😂😂  

Habis menari, ada sesi soal jawab pulak. dan yang extranya, ada persembahan extra dari Pakyung Sumpah excited, sebab memang minat nak tengok Makyung tapi tak ada peluang. 

Sesi Main Teri habis dalam pukul 5 petang jadi lepas habis je saya guna peluang yang ada untuk melihat koleksi "Aura" yang sedang dipamerkan di Galeri Petronas tersebut. Kalau you guys macam berminat dengan aktiviti kesenian dan kebudayaan ni, rajin-rajin tengok FB Galeri Petronas sebab setiap minggu sebenarnya ada sahaja aktiviti yang anda boleh join. 

Ps: Ada makan free lagi tau. 😝😝😝








Comments

Popular posts from this blog

Cabaran 30 hari

Skincare Review: Wash flakes - Pencuci muka ke mana sahaja